Berita Terkini
- iLEAD1
- Berita Terkini

PORT DICKSON, 8 Ogos 2020 - Langkah membendung penularan jangkitan COVID-19 masih diteruskan oleh i-LEAD di mana Bahagian Pengurusan telah melaksanakan Kursus Pasca COVID-19 : Norma Baharu di Kem Wawasan Negara pada 6 hingga 8 Ogos 2020 bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YBrs. Dr. Mohd Noor Akmal bin Mohd Noor Leza, Pegawai Perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Akademi Kenegaraan serta Kem Wawasan Negara di Semenanjung Malaysia telah hadir bagi mengikuti kursus tersebut.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd. Afendi bin Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan i-LEAD.