KUALA KANGSAR, 08 Ogos 2020 –YB Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia / ADUN Bota telah mengadakan lawatan ke Kem Wawasan Negara Ulu Kenas sempena Program Jelajah Belia Sukan Komunikasi Multimedia (BSKM). Lawatan turut disertai oleh YB Mohamad Zuraimi Razali (ADUN Manong) disambut oleh En Mohd Nizam Bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah i-LEAD) dan En Mohd Termizi Bin Mat Bunor @ Mohamed Nadzri (Ketua Kem Wawasan Negara Ulu Kenas) selaku tuan rumah.

Menerusi lawatan ini YB telah menunjukkan keprihatinan beliau terhadap beberapa isu yang telah dibangkitkan dalam usaha membangunkan potensi modal insan, pembangunan belia dan sukan, keperluan latihan dan isu berkaitan infra serta keperluan jalur lebar di Kem Wawasan Negara Ulu Kenas agar selari dengan keperluan latihan dan modul latihan i-LEAD.

Seramai 32 orang kakitangan KWN Ulu Kenas telah hadir bersama-sama dalam mengikuti sesi taklimat BSKM yang disampaikan oleh YB Khairul Shahril Mohamed.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan