GUNUNG PULAI, 8 Ogos 2020 –Seminar Kepimpinan Alumni Malaysia Future Leaders School anjuran Angkatan Belia MFLS Negeri Johor dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah dilaksanakan di Dewan Putra, Kem Wawasan Negera Gunung Pulai.

Seminar ini diadakan bagi menerangkan struktur organisasi Angkatan Belia MFLS Negeri Johor dengan jelas dan lebih baik. Selain itu, objektifnya juga adalah untuk melantik dan memperkenalkan ahli jawatankuasa Angkatan Belia MFLS Negeri Johor kepada peserta Alumni MFLS yang hadir mengenai peranan ahli jawatankuasa Belia MFLS. Secara tidak langsung, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama peserta Alumni MFLS negeri Johor dan kakitangan i-LEAD Johor.

Seramai 42 orang peserta Alumni MFLS Johor telah hadir. Mereka terdiri dari pelbagai kohort tahun 2019 dan 2020, serta melibatkan 18 orang urusetia daripada pihak Angkatan Belia MFLS Negeri Johor dan kakitangan Kem Wawasan Negara Gunung Pulai.

Seminar Kepimpinan Alumni MFLS Johor turut menjemput penceramah jemputan iaitu Hj Md Salleheen bin Hj Mohamad selaku Presiden Majlis Belia Negeri Johor untuk berkongsi tentang Kepimpinan dan Encik Abu Zarin bin Abu Hasan, Penolong Pengarah Kanan Kluster Kepimpinan (i-LEAD) telah bertindak sebagai perasmi pada program tersebut .



Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan