MARAN, 5 Ogos 2020 – Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan i-LEAD, YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail telah mengadakan Lawatan Ramah Mesra ke Kem Wawasan Negara Maran (KWN Maran) pada 5 Ogos 2020.

Sesi lawatan ini adalah salah satu inisiatif pihak pengurusan tertinggi i-LEAD untuk turun padang bagi beramah mesra dan berkongsi pengalaman, pandangan, harapan serta mendengar permasalahan yang berlaku di peringkat akar umbi.
Ketua Kem Wawasan Negara Maran, Encik Abdul Rahman bin Hussin telah membawa tetamu kehormat untuk meninjau dan memberi penerangan mengenai kemudahan prasarana latihan yang tersedia di sana.

Pada akhir sesi lawatan ini, YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail juga berkesempatan untuk menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 kepada dua orang kakitangan KWN Maran iaitu Encik Saiful Adri Wizi dan Encik Tanlika.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan