PUTRAJAYA, 29 Julai 2020 – Kursus Pengamal Kerja Belia Tahap 1 (Bahagian 1) Siri 2/2020 telah berjaya dijalankan secara dalam talian pada 29 Julai 2020.

Hal ini merupakan alternatif yang telah dirancang dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran pandemik Covid-19.

Para peserta Tahap 1 seramai 12 orang ini telah mempelajari 3 buah modul yang telah disusunatur oleh Kluster Modal Insan, i-LEAD.

Program yang dilaksanakan melalui applikasi Zoom Meeting ini telah dikendalikan oleh Puan Nurhadiza Binti Mohd Fadzil bagi slot Modul Profesionlisme Kerja Belia dan Encik Mohd Hasri Bin Mohd Hadzir untuk slot Modul Akar. Manakala penyelaras untuk Google Classroom pula dikendalikan oleh Encik Ardi Putra Bin Daros.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan