Putrajaya, 28 Julai 2020 – Pada 28 Julai 2020 telah berlangsung Dialog Online di platform Facebook Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) pada jam 10.00 pagi. Dialog ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia tentang gaya dan isu komunikasi dalam organisasi. Program dianjurkan oleh Kluster Kerjaya, i-LEAD.

Sesi dialog ini membawa peserta untuk memahami gaya komunikasi umum dan formal, mengaplikasi komunikasi secara berkesan di tempat kerja dan mengenalpasti isu komunikasi dalam organisasi. Peserta juga diberi pendekatan tentang menangani konflik seterusnya positif dalam mencari jalan penyelesaian.

Seramai 1900 orang penonton melalui facebook i-LEAD adalah terdiri daripada warga i-LEAD, rakan-rakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS),
mahasiswa, belia, alumni MFLS dan orang awam turut terlibat dan menjayakan sesi dialog ini daripada awal sehingga ke penghujung program.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan