PORT DICKSON, 26 Julai 2020 – Pada 26 hingga 28 Julai telah berlangsung Program Rintis Kursus Rukun Negara yang telah diadakan di Regency Hotel, Tanjung Tuan, Port Dickson, Negeri Sembilan dan dianjurkan oleh Kluster Kenegaraan, i-LEAD.

Program diadakan bertujuan melihat keberkesanan Modul Kursus Rukun Negara serta menilai prosedur standard (SOP) yang bakal digunakan dalam program sebenar pada bulan September 2020.

Seramai 39 orang peserta terdiri dalam kalangan Penolong Pegawai Belia Gred S29 telah hadir dan program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan i-LEAD.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan