PUTRAJAYA, 23 Julai 2020 –Perhimpunan Bulanan i-LEAD Bil 2/2020 telah diadakan di,Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan, i-LEAD dan Kluster Modal Insan merupakan penganjur pada program kali ini.
Menyambut saranan Kementerian Kesihatan berkaitan pencegahan COVID-19, sedikit kelainan telah dibuat bagi Perhimpunan Bulanan kali ini. Program dilaksanakan melalui dua medium iaitu secara bersemuka seramai 55 orang peserta (jemputan khusus bagi sebahagian penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan iLEAD) serta wakil-wakil bahagian di ibu pejabat dan seramai 143 orang menggunakan Aplikasi Zoom dalam talian melibatkan kakitangan Kem Wawasan di seluruh negara.

YBrs. Encik Abdullah Bin Hasan, Ketua Pengarah i-LEAD telah menyampaikan amanat beliau kepada warga i-LEAD dan menyempurnakan majlis penyampaian sijil.

Sekalung tahniah buat YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan, i-LEAD atas pengesahan jawatan PTD JUSA Utama C. Tahniah juga buat penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 dan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi tahun 2020.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan