PUTRAJAYA, 23 Julai 2020 – Sebuah program yang dinamakan sebagai SinggahKejap@ILEAD merupakan salah satu inisiatif dalam memberi informasi dan perkongsian pengalaman berkenaan kerja-kerja belia di Malaysia. Program merupakan anjuran Kluster Modal Insan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Seramai 40 orang jemputan telah hadir secara bersemuka dan 1.1k views menggunakan Facebook Live i-LEAD.

Tajuk yang perbincangan menjurus kepada belia masa kini iaitu Demi Belia: Paksa atau Rela (Siri 2). Kerangka program ini dibina untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang amalan dan pengalaman kerja belia sekaligus mendedahkan peranan serta tanggungjawab masyarakat dalam kerja belia.

Panel jemputan kali ini adalah Encik Mohammad Rizan bin Hasan, merupakan salah seorang penerima Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2011 oleh The Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) dan Tokoh Belia Negara pada Tahun 2011.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13