Berita Terkini
- iLEAD1
- Berita Terkini


PUTRAJAYA, 10 Julai 2020 – Program Bual Bicara: Pengundi Muda bersama Alumni Malaysia Future Leaders School telah dijalankan melalui Facebook LIVE i-LEAD pada 10 Julai 2020.
Program dikendalikan oleh Cik Ekafarlina bt. Saparuddin bersama 3 orang panel dari Alumni MFLS telah bersiaran jam 11.00 pagi hingga 12.15 tengahari.
Program ini menjurus kepada sesi perbincangan isu berkaitan kenegaraan, pembangunan jati diri dan semangat patriotisme dan pendedahan serta pemahaman berkaitan perlaksanaan dasar undi 18 tahun kepada anak muda Malaysia.
Seramai 3,395 orang penonton telah mengikuti program ini yang terdiri dari perbagai peringkat umur.