KUALA LUMPUR, 09 Julai 2020 – Pada 06 hingga 09 Julai 2020 telah berlangsung Program Training of Trainer (TOT) dan Dry Run Malaysia Future Leaders School (MFLS). Program diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Kluster Kepimpinan, i-LEAD.

Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/B/P) dan bagi membendung penularan pendamik COVID-19, Program MFLS Online telah dirangka bagi meneruskan kesinambungan Program MFLS menggunakan kaedah Google Classroom.

Program TOT dan Dry Run ini menjurus kepada memberi latihan dan kaedah serta teknik kepada jurulatih Program MFLS Online yang akan diadakan sepanjang PASCA COVID-19.

Seramai 55 orang peserta terdiri daripada Pengarah Bahagian, Ketua Kem, dan para jurulatih telah mengikuti program tersebut yang turut dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan