KUALA LUMPUR, 8 Julai 2020 - Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah bersiaran secara langsung di Slot 'Darah Muda' BERNAMA TV pada 8 Julai 2020, jam 8.30 malam.

Slot yang ke udara selama setengah jam itu telah menyaksikan Encik Haslizar Bin Rozally, Penolong Pengarah Kanan, dari Kluster Kenegaraan, i-LEAD bersama Saudari Sarah Kan Sook Teng, Alumni Malaysian Future Leaders School (MFLS) berbicara tentang tajuk "Maka Kami, Rakyat Malaysia....".

Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara, topik perbincangan mensasarkan golongan belia dalam menghayati prinsip Rukun Negara.

Jutaan terima kasih kepada pihak BERNAMA kerana sudi menjemput dan memberi peluang kepada i-LEAD bersiaran langsung pada hari tersebut.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13