KUALA LUMPUR, 11 MAC 2020 - Majlis Penutup Malaysia Future Leaders (MFLS) Tier 3 telah berlangsung di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa Cheras (IYC) pada 11 Mac 2020 yang telah di sempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dengan dihadiri oleh semua ketua jawatankuasa pelaksana MFLS Tier 3, Ketua Delegasi ASEAN Cultural Heritage, barisan sekretariat dan barisan fasilitator MFLS Tier 3.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan semua pihak yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan MFLS Tier 3 selama 42 hari, dan yang pastinya adalah meraikan seramai 236 orang peserta yang telah berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.

Melalui pelaksanaan MFLS Tier 3 ini, ia memberikan impak yg besar kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya kepada para peserta yang akan keluar sebagai Alumni MFLS. Mereka semestinya akan menjadi tonggak kepimpinan muda dalam komuniti tidak kira di peringkat pengajian mereka selepas ini atau di mana sahaja mereka berada. Harapan melalui program ini adalah penglibatan mereka dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti berpersatuan dalam Alumni MFLS akan mengimplimentasi segala elemen yg telah diterapkan sepanjang mengikuti MFLS Tier 3 Tahun 2020.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan