ACHEH, 09 MAC 2020 – Malaysia dan negara ASEAN mempunyai hubungan diplomatik yang amat baik. Justeru program ASEAN Cultural Herritage yang merupakan salah satu slot Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 telah dijalankan di Acheh, Indonesia bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang sedia terjalin.

Seramai 69 orang delegasi telah diterbangkan ke sana diketuai oleh Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab dan empat (4) orang fasilitator Institut Pembangunan dan Kecemrlangan Kepimpinan (i-LEAD dan Kementerian Pendidikan Malaysia) dan seorang pegawai daripada Pusat Belia Antarabangsa (IYC) seterusnya para peserta MFLS Tier 3.

Mereka berada selama seminggu di sana bagi melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Antaranya adalah kunjungan hormat ke Pejabat Gabenor Acheh. Hal ini dapat memberikan gambaran dan panduan mengenai budaya dan dapat memahami mengenai bidang tugas atau peranan mereka sebagai duta kecil sepanjang program di luar negara.

Beberapa siri lawatan di Muzium Tsunami, Muzium Acheh, Masjid Besar Baiturrahman, Pasar Peunayong, Asrama Anak Yatim Johor, Gampong Inggreh, Kampong Acheh Handicraft, adalah bertujuan untuk melihat evolusi pembangunan negara tersebut. Lokasi yang dilawati ini merupakan tempat bersejarah, pejabat badan kerajaan, syarikat keusahawanan, dan sebagainya. Lawatan ini diharap dapat membuka dan meluaskan lagi pandangan para peserta berkenaan kekuatan dan keunikan setiap negara yang dilawati agar mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam penghasilan sesuatu kerja yang berkualiti kelak. Selain itu, kemajuan yang terdapat di negara tersebut dapat dijadikan panduan untuk pembangunan negara Malaysia pada masa hadapan.

Forum Asia Speaks turut diadakan di Universiti Islam Negeri (UIN) Ar-RAniry yang bertemakan Cultural and Herritage. Ia merupakan platform terbaik bagi peserta untuk menyuarakan aspirasi serta menyerlahkan potensi dan bakat mereka. Forum ini juga dapat membimbing peserta dalam mengembangkan potensi dan bakat diri mereka ke arah kepimpinan yang cemerlang.

Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan adat dan budaya masyarakat di sana dengan terlibat secara langsung di dalam Program Keluarga Angkat dan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan

Para peserta diharapkan memperoleh pengalaman dan ilmu seterusnya dapat mengispirasikan olahan mereka untuk kemajuan negara.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13