JAKARTA, 03 Mac 2020 – Program ASEAN Cultural Heritage telah berlangsung daripada 03 hingga 09 Mac 2020. Seramai 42 orang delegasi yang diketuai oleh Puan Rozlin Binti Mohamed, Ketua Penolong Pengarah, Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) bersama-sama pegawai-pegawai pengiring dan peserta MFLS Tier 3 telah disambut baik oleh pihak Balai Kota Pemerintah DKI, Jakarta.

Dalam program ini delegasi terutama peserta MFLS Tier 3 didedahkan dengan pelbagai perkara seperti pendedahan dan panduan berkaitan budaya dan perkara-perkara yang sensitif berkaitan negara yang dikunjungi dan melihat evolusi pembangunan di Jakarta untuk dijadikan panduan untuk pembangunan di negara kita.

Di Jakarta juga, delegasi telah mengadakan lawatan di beberapa institusi terpilih iaitu Sekretariat ASEAN, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia (KEMENDIKBUD) dan Kedutaan Malaysia di Indonesia, Jakarta Creative Hub, mercu tanda Indonesia dan tempat-tempat bersejarah di Jakarta.

Selain itu, Program ASIA Speaks turut diadakan bertempat di Universiti of Indonesia. Program ini adalah kerjasama bersama di antara Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Asian Youth Council (AYC), Asia Youth Network (AYN) dan Asia Youth Academy (AYA).

Menariknya, peserta MFLS Tier 3 telah berpeluang dalam program keluarga angkat dan sukarelawan. Program keluarga angkat adalah ini dapat memberi pengalaman kepada peserta untuk mengetahui budaya dan aktiviti seharian masyarakat di Jakarta.

Di akhir siri lawatan ini, delegasi juga berkesempatan untuk mengikuti aktiviti malam kebudayaan yang mana para peserta menjadi duta kecil dalam mempromosikan budaya di Malaysia, di samping mempelajari kebudayaan masyarakat di sana.

Besar harapan agar lawatan kerja ini dapat membuka minda dan memberi pengalaman yang berguna kepada peserta MFLS Tier 3 untuk menjadi pemimpin masa hadapan negara yang dapat membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang dan cemerlang.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan