KEMBOJA, 03 Mac 2020 - Delegasi MFLS Tier 3 telah mengikuti Program ASEAN Cultural Heritage ke Kemboja pada 3 Februari sehingga 9 Februari 2020. Kunjungan ini melibatkan 44 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai pengiring dan peserta MFLS Tier 3 yang diketuai oleh Encik Abdul Hakim bin Abdul Rauf, Ketua Penolong Pengarah, Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Sambutan yang diterima di sana amat baik dan lawatan ini juga mendapat kerjasama yang erat daripada Kedutaan Malaysia di Kemboja.

Delegasi MFLS Tier 3 ke Kemboja telah dibawa melawat beberapa tempat antaranya Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja, Muzium Nasional Kemboja dan Royal University of Phnom Pehn. Selain itu, delegasi juga dibawa melawat sebuah syarikat yang dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Syarikat THADA, Electric Vehicles & Service Center yang menjual motor elektrik. Siri lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat dan mengetahui keunikan dan kekuatan setiap tempat yang mereka lawati dan memberi inspirasi serta membuka minda mereka untuk melakukan yang terbaik buat Malaysia kelak.

Seterusnya, program Asia Speaks di National University of Management, Phnom Penh turut diadakan. Dalam program ini peserta berpeluang untuk mendapatkan pespektif global agar perkembangan seiring dengan transformasi yang berlaku di rantau ini.

Sebelum mengakhiri siri lawatan ini, peserta MFLS Tier 3 juga berkesempatan merasai sendiri aktiviti seharian masyarakat di Kemboja dan mendalami budaya harian mereka melalui Program Keluarga Angkat. Majlis Penyerahan peserta kepada keluarga angkat telah disempurnakan oleh T.Y.T Eldeen Husaini bin Mohd Hashim, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.

Program ASEAN Cultural Heritage ini diharap dapat memberi pengalaman yang berharga buat para peserta MFLS Tier 3 dalam usaha untuk membentuk pelapis belia dan pemimpin masa hadapan negara.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan