BANDAR SERI BAGAWAN, 09 MAC 2020 – Seramai 46 orang delegasi Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 yang diketuai oleh Encik Mohd Afendi bin Ya@ Zakaria iaitu Pengarah Kluster Modal Insan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah berada di Bandar Seri Bagawan, Brunei untuk sesi ASEAN Cultural Herritage. Program ini merupakan salah satu slot yang terkandung di dalam MFLS Tier 3.

Peserta didedahkan dengan pelbagai perkara merangkumi tujuh (7) elemen pelaksanaan program iaitu pengantarabangsaan, komunikasi, kenegaraan, pembangunan karakter dan jati diri, kepimpinan, kesukarelawanan dan keusahawan.
Delegasi mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi mendapat gambaran dan panduan mengenai budaya di samping memahami mengenai bidang tugas atau peranan mereka sebagai duta kecil sepanjang program di luar negara.

Mereka juga perlu melaksanakan pelbagai tugasan seperti terlibat di dalam program Asia Speaks yang membolehkan mereka membina hubungan diplomatik dan persefahaman antara peserta dari rantau ASEAN. Forum ini merupakan platform terbaik bagi peserta untuk menyuarakan aspirasi serta menyerlahkan potensi dan bakat mereka. Tema bagi forum ASIA Speaks di Brunei ialah Digital Entrepreneurship.

Menariknya mereka turut belajar tentang budaya dan adat resam melalui program keluarga angkat yang secara tidak langsung peserta didedahkan dengan budaya nilai masyarakat Brunei. Aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran sivik di kalangan mereka.

Hal ini memberikan gambaran yang jelas kepada para peserta mengenai kepelbagaian bangsa dan budaya di Brunei dan diharapkan ia dapat memangkin usaha membentuk kepimpinan pelapis belia yang lebih mantap pada masa hadapan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan