KUALA LUMPUR, 06 MAC 2020 – Program Rukun Negara merupakan sebuah program yang dilaksanakan oleh Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Encik Haslizar bin Rozally iaitu Penolong Pengarah Kanan, Kuster Kenegaraan telah berpeluang bercakap mempromosikan program ini di dalam Slot Bernama Radio pada jam 9.30 pagi, 06 Mac 2020.

Program ini bertujuan untuk menyebar luaskan ilmu kenegaraan serta meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya kumpulan belia. Program ini bakal dijalankan sebanyak 102 siri pada tahun 2020 melalui program Sekolah Rukun Negara, Kursus Rukun Negara, Dialog Rukun Negara dan Simposium Rukun Negara.

Matlamatnya adalah meningkatkan pengetahuan belia bagi memahami konsep dan nilai demokrasi serta mendidik belia celik minda, kesedaran yang tinggi dan berkeupayaan dalam mentafsir isu global seiring kemajuan negara; dan memberikan kesedaran terhadap kepentingan semangat bernegara, cintakan tanah air dan nilai-nilai politik tadbir urus negara.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan