BUKIT MERTAJAM, 29 Februari 2020 - Seminar Wanita Dalam Sukan Zon Utara telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Kluster Modal Insan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) pada 29 Februari 2020 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Seramai 200 orang peserta terdiri daripada penggiat sukan, kakitangan kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah hadir menjayakan seminar ini. Encik Mohd Nizam bin Hj Ismail selaku Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) telah merasmikan Seminar “ Wanita dan Sukan: Cergas, Sihat dan Aktif pada kali ini. Turut hadir adalah Encik Suhardi Alias iaitu Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN),Tn. Hj. Mohd Sukimi b. Mat Salleh iaitu Pengarah IKTBN Bukit Mertajam dan Encik Afendi bin Ya iaitu Pengarah Kluster Modal Insan.

Seminar “ Wanita dan Sukan: Cergas, Sihat dan Aktif ini diadakan bagi menarik lebih ramai penglibatan golongan wanita di pelbagai peringkat umur di dalam aktiviti sukan peringkat daerah dan negeri. Selain berperanan menyebarluas kesedaran budaya bersukan serta menguar-nguarkan pelaksanaan Pelan Tindakan dalam Sukan tahun 2020 hingga 2025, seminar ini juga memberikan pendedahan kepada peserta berhubung kepentingan penglibatan wanita di dalam sukan massa dan sukan prestasi tinggi yang menjurus kepada amalan gaya hidup aktif, sihat dan cergas.

Antara panel yang terlibat menjayakan seminar ini adalah Prof. Dato’ Dr. Shamala Subramaniam iaitu Pengarah Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mak Wan Bee Majid iaitu Jurulatih Fizikal Kecergasan Kebangsaan dan Chai Wen Jin daripada Institut Sukan Negara (ISN) manakala Sharon Wee Ee Lin iaitu Pengulas Sukan Astro Arena bertindak sebagai Moderator pada seminar tersebut.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan