SEREMBAN, 22 Februari 2020 - Program Alumni Malaysia Future Leaders (MFLS) - Future Leaders Serve The Community yang dianjurkan oleh Kem Wawasan Negara Ulu Sepri telah dilaksanakan pada 22 Februari 2020 bertempat di Masjid Kariah Dato’ Klana Petra Lela Muhammad Yusof, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

Program berjalan lancar seperti dirancang dengan aktiviti seperti senamrobik, ceramah pencegahan Covid-19 yang disampaikan oleh Dr. Ong Chiew Ping yang merupakan Pakar Perkhidmatan Transfuse dan Terapi Selular dari Hospital Mawar, Seremban, pemeriksaan kesihatan oleh Hospital Mawar, pameran daripada SWM Corporation, sesi gotong royong bersama sukarelawan dan ahli jawatankuasa masjid.

Melalui program ini, pemerkasaan Alumni MFLS Negeri Sembilan telah dibentuk dengan mewujudkan senarai jawatankuasa alumni peringkat Negeri Sembilan selaras dengan penubuhan Angkatan Belia MFLS Kebangsaan. Seramai 180 alumni telah hadir dan diharap melalui penubuhan jawatankuasa ini dapat merangka program- program untuk menggerakkan alumni MFLS Negeri Sembilan dan lebih penting untuk memperkasa anak muda negara.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan iaitu Tuan Hj. Shahnon bin Mohamad telah bertindak merasmikan program pada hari tersebut.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan