Berita Terkini
- iLEAD1
- Berita Terkini


MARANG, 26 Februari 2020 – Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Sekolah Rukun Negara (Siri 1) bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang, Terengganu pada 26 Februari 2020.
Perlaksanaan Sekolah Rukun Negara adalah untuk meningkatkan pengetahuan belia bagi memahami Prinsip Rukun Negara, konsep dan nilai demokrasi. Selain mendidik belia celik minda, kesedaran yang tinggi dalam mengekalkan keharmonian negara sangat penting melalui perpaduan, meraikan kepelbagaian kaum dan menghormati perbezaan agama dan budaya.
Program ini telah dirasmikan oleh Hj. Jalaluddin bin Ismail, wakil Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan seramai 155 orang peserta telah hadir.