PUTRAJAYA, 10 Januari 2020 - Warga i-LEAD telah menghadiri Majlis Amanat Tahun 2020 Kementerian Belia dan Sukan yang telah diadakan pada 10 Januari 2020 bertempat di Dewan Serbaguna Podium A, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya.

Dalam sesi amanat tahun 2020, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan amat berbangga apabila mengumumkan pencapaian prestasi keseluruhan agensi dan kementerian umumnya pada tahun 2019.

i-LEAD melalui Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang dilihamkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah berjaya melatih seramai 27,788 orang pada tahun 2019. Petunjuk prestasi berikut memberi kesan yang sangat memberangsangkan kepada pencapaian prestasi i-LEAD selaku agensi di bawah KBS.

Pada program tersebut juga, wakil i-LEAD Puan Hastina Malayani binti Mohamad Normahdi, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kewangan dan Perolehan telah menerima Augerah
Khas Pekerja Terbaik (AKPTB) KBS bagi bulan Oktober, November dan Disember 2019.

Pasukan Koir i-LEAD turut dijemput memeriahkan program dengan mempersembahkan beberapa buah lagu.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan