KUALA LUMPUR, 8 Januari 2019 - Saringan akhir pemilihan peserta Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3 telah berlangsung di 12 pusat temuduga di seluruh negara pada 6 hingga 8 Januari 2020 .

Seramai 496 orang daripada 641 orang yang melepasi saringan MFLS Tier 2 tahun 2019 telah menghadiri sesi saringan akhir ini.

Calon-calon telah menjalani tiga sesi ujian iaitu Ujian Kecergasan (UKJK), pembentangan idea dan temuduga untuk bersaing merebut tempat sebagai 200 calon terbaik bagi menyertai program MFLS Tier 3.

Barisan panel penemuduga adalah terdiri daripada pegawai-pegawai daripada sektor awam, sektor korporat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih.

YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan turut meluangkan masa menemuduga calon yang bertuah di Pusat Temuduga Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

Program MFLS Tier 3, merupakan fasa terakhir bagi program MFLS bertujuan untuk melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan global.

Seramai 250 orang peserta terbaik akan menyertai program MFLS Tier 3 selama 2 bulan bermula pada 1 Februari 2020.



Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13