BANGI, 27 - 29 November 2019 – Bengkel Dry Run Tier 3, Malaysia Future Leaders School (MFLS) telah dilaksanakan bertempat di Institut Semarak Felda dan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hanafi bin Harun iaitu Pengarah Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Program ini telah disertai oleh wakil agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemegang taruh MFLS dengan tujuan untuk membentangkan Modul Tier 3 MFLS serta kaedah pelaksanaan (SOP and Lesson Plan) oleh pihak pemegang taruh dan agensi kolaborasi.

Bengkel ini dilaksanakan untuk mendapatkan input dan kolaborasi strategik bersama pemegang taruh MFLS serta membuat penyelarasan tanggungjawab dan peranan pemegang taruh di dalam pelaksanaan Modul Tier 3 MFLS. Seterusnya, mendapatkan kelulusan Pengurusan Tertinggi i-LEAD bagi perlaksanaan Modul Tier 3 MFLS.

Hasil yang diharapkan agar program Tier 3 MFLS mempunyai modul lengkap (Lesson Plan) serta Prosedur Operasi Standard (SOP).

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan