KUALA LUMPUR, 26 - 28 November 2019 – Kursus Pemantapan Penulisan Dokumen Rasmi Siri 2 yang dianjurkan oleh Bahagian Penyelarasan Strategik, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah berlangsung di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur.

Penceramah jemputan dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Parlimen Malaysia dan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP, JPM) telah hadir bagi berkongsi tatacara penyediaan dokumen rasmi yang betul dan lengkap. Kursus ini disertai oleh pegawai dan kakitangan i-LEAD seramai 20 orang.

Perlaksanaan kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pegawai dan kakitangan dalam penyediaan dokumen rasmi di samping membudayakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam penyediaan dokumen-dokumen berkaitan. Peserta-peserta yang hadir juga dilatih untuk menghasilkan penulisan dokumen rasmi yang tepat, padat dan jelas isi kandungannya selain memenuhi kehendak pelanggan atau agensi yang berkepentingan. Di samping itu, penambahbaikan dari segi kualiti penulisan dokumen rasmi juga dibuat untuk mencerminkan identiti i-LEAD yang sentiasa menitikberatkan kualiti dalam penghasilan setiap tugasan yang diamanahkan.

Hasil daripada bengkel ini pegawai dan kakitangan i-LEAD berupaya menghasilkan dokumen rasmi menggunakan format dan laras bahasa yang betul.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13