CHERAS, 26 – 28 November 2019 - Bengkel Laporan Penilaian Keberkesanan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) telah diadakan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Program yang bertujuan untuk menghasilkan laporan penuh penilaian keberkesanan Program MFLS bagi tahun 2019 ini disertai oleh pegawai-pegawai i-LEAD dari seluruh negara yang mewakili bahagian, kluster, dan Kem Wawasan Negara.

Puan Shahhanim Binti Yahya daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia telah dijemput bagi berkongsi idea dan memberi panduan kepada peserta dalam menghasilkan laporan yang berkesan.

Pada akhir bengkel ini peserta telah berjaya menghasilkan Draf Laporan Penilaian Keberkesanan Program MFLS.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan