Kuala Lumpur, 12 November 2019 – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah diberi ruang untuk mengisi slot siaran langsung dalam Rancangan Assalamualaikum, TV Alhijrah. Wakil i-LEAD iaitu YBrs. Dr. Hanafi bin Harun, Pengarah Kluster Kenegaraan bertindak sebagai tetamu pada hari tersebut.

Topik yang dibincangkan adalah berkenaan Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang bakal diadakan pada 22 November 2019. Konvensyen ini bertujuan untuk menyampaikan amanat YAB Perdana Menteri kepada generasi muda mengenai peranan mereka sebagai pemimpin masa depan dan menyediakan platform kepada mereka untuk menyuarakan sumbangan serta memupuk semangat jati diri dalam kalangan belia.

Tema konvensyen adalah memperkasa jati diri belia dan peserta yang hadir akan membawa bersama resolusi yang telah dipersetujui hasil dari mini konvensyen yang dihadiri oleh mereka di setiap negeri, untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan